Wanita Berdaya Selangor

Akademi Kepimpinan Wanita

Pengenalan

Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) Selangor merupakan sebuah program intensif untuk memantapkan kemahiran dan bertindak sebagai ‘paip bakat’ (talent pipeline) untuk melahirkan lebih ramai pemimpin wanita dalam lapangan politik dan kerja sosial. Hal ini kerana keadaan golongan wanita memerlukan ‘mentoring’ yang lebih tersusun dan datang daripada golongan wanita sendiri yang lebih memahami realiti dan cabaran golongan wanita yang berbeza dengan golongan lelaki dalam usaha menjadi pemimpin. Malahan, golongan wanita juga perlu membina rangkaian sendiri bagi memecahkan hegemoni ‘all boys club’ atau rangkaian eksklusif pemimpin lelaki yang tidak memberi ruang kepada golongan wanita yang berbakat berkembang lebih tinggi. Hal ini bakal membantu perjalanan karier politik golongan wanita agar golongan wanita mampu memegang kepimpinan terutamanya di Negeri Selangor.

Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) Selangor juga diadakan bagi mencapai matlamat ke-4, Dasar Wanita Selangor iaitu mempercepatkan penyertaan, perwakilan dan pembuatan keputusan dalam kehidupan awam dan politik dalam kalangan wanita.

Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) Selangor pada awal penubuhannya dikelolakan oleh Pejabat Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita & Keluarga Negeri Selangor (sebelum ini merupakan Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga) dengan hasil kerjasama yang jitu daripada pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor dan Pusat Wanita Berdaya (PWB) Selangor. Kemudian, pada 2021, Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) Selangor dikendalikan sepenuhnya di bawah Wanita Berdaya Selangor Sdn. Bhd.

Moto

Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) Selangor memperkenalkan moto “Berani Memimpin”. 

Visi

Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) menjadi tunjang dalam melahirkan pemimpin demi mencapai penglibatan 30% pemimpin wanita sebagai pembuat dasar dan keputusan dalam kerajaan negeri Selangor. 

Misi

Melahirkan pemimpin wanita yang bertanggungjawab dan berkarisma dalam memajukan negeri Selangor untuk kesejahteraan sejagat.

Nilai Pemimpin Wanita

Yang dipupuk oleh AKW

Objektif

Peserta yang bergraduasi daripada Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) mempunyai kemahiran dan kecekapan untuk menerajui mana-mana organisasi/parti politik.

30% daripada peserta lepasan Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) memegang jawatan kepimpinan dalam tempoh 5-10 tahun akan datang.

10% daripada peserta lepasan Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) mampu tercalon untuk mengisi jawatan kepimpinan organisasi penting di Selangor

Warna Tema

    Emas                         Merah Manggis

Majlis Pelancaran Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) oleh YAB Dato' Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor pada 19 September 2019 di Shah Alam Convention Centre
Mencungkil bakat golongan wanita untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi dalam lapangan politik dan kerja sosial selaras dengan dasar Wanita Selangor
Sesi perbincangan interaktif untuk pembentangan berkumpulan
Pelajar AKW digalakkan untuk bersifat ingin tahu dan sentiasa aktif dalam sesi pembelajaran
Majlis pernghargaan kepada tenaga pengajar setiap kali selesainya 3 kali sesi kuliah
Sesi soal jawab semasa dan selepas berlangsungnya kuliah
Previous slide
Next slide

Komponen Program

Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) Selangor merupakan sebuah program intensif untuk memantapkan kemahiran dan bertindak sebagai ‘paip bakat’ (talent pipeline) untuk melahirkan lebih ramai pemimpin wanita dalam lapangan politik dan kerja sosial. 


AKW Kohort 4 dijangka bermula sekitar April 2024 untuk tempoh pembelajaran selama 12 bulan.

en_GB